Terowong Lombong Runtuh 70 Maut

Terowong Lombong Runtuh 70 Maut

Terowong Lombong Runtuh 70 Maut

Lebih 70 orang maut selepas terowong di kawasan perlombongan runtuh dalam kejadian di barat daya Mali, kata seorang pegawai pada Rabu.

Kejadian berlaku pada Jumaat di tapak perlombongan emas di bandar Kobadani di wilayah Kolikouro, kata Karim Berthe, lapor Agensi Anadolu.

Baca: Lombong Emas Indonesia Runtuh, 7 Terkorban Dan Seorang Hilang

Berthe berkata siasatan telah dilancarkan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Menurut laporan, dianggarkan 200 pelombong sedang bekerja di lombong berkenaan ketika kejadian.

Lombong itu biasanya ditutup pada musim hujan untuk mengelakkan sebarang risiko.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Kementerian Perlombongan kesal dan sedih dengan kejadian itu dan kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Mali ialah pengeluar emas ketiga terbesar di Afrika dengan menyumbang kira-kira 25 peratus kepada belanjawan negara.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply