Gadis Hubungi Kekasih 100 Kali Sehari

Gadis Hubungi Kekasih 100 Kali Sehari

Gadis Hubungi Kekasih 100 Kali Sehari

Seorang gadis berusia 18 tahun di China yang menelefon teman lelakinya lebih daripada 100 kali sehari disahkan menghidap ‘otak cinta’.

Memetik laporan South China Morning Post, gadis yang dikenali sebagai Xiaoyu, dari wilayah Sichuan di barat daya China itu menjadi sangat taksub dengan teman lelakinya sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya, selain menjadikan kehidupan teman lelakinya, sengsara.

Seorang doktor di The Fourth People’s Hospital of Chengdu, Du Na berkata, tingkah laku Xiaoyu yang membimbangkan itu bermula pada tahun pertamanya di universiti.

Baca: Kekasih Kantoi Curang Di Google Street View

Xiaoyu dan teman lelakinya menjalinkan hubungan rapat, tetapi tidak lama kemudian berasa tidak selesa kerana wanita itu menjadi sangat bergantung kepadanya dan memerlukannya sepanjang masa.

Gadis bukan sahaja meminta lelaki itu untuk sentiasa memberitahu keberadaannya, tetapi mahu lelaki itu membalas mesejnya pada setiap masa.

“Dia dijangka membalas mesejnya dengan segera,” kata Du.

Dalam klip video yang tular, Xiaoyu dilihat berulang kali menghantar mesej kepada teman lelakinya untuk menghidupkan kamera WeChat.

Pada satu hari, dia menghubungi teman lelakinya lebih daripada 100 kali. Tetapi, teman lelakinya tidak menjawab panggilan berkenaan.

Dia menjadi sangat kecewa dan marah sehingga dia melemparkan objek dari dalam rumah .

Teman lelaki itu menghubungi polis, yang tiba ketika wanita itumengancam untuk melompat dari balkoni.

Xiaoyu dibawa ke hospital, di mana dia disahkan menghidap gangguan personaliti, dirujuk dalam bahasa mudah sebagai ‘otak cinta’.

Du berkata, bahawa keadaan itu mungkin wujud bersama dengan penyakit mental lain seperti kebimbangan, kemurungan dan gangguan bipolar.-hmetro

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply