Imej Godzilla Di Tokyo

Imej Godzilla Di Tokyo

Imej Godzilla Di Tokyo

Pengunjung Bangunan Nombor 1 Kerajaan Metropolitan Tokyo menyaksikan paparan watak Godzilla setinggi 100 meter sempena ulang tahun ke-70 watak fiksyen berkenaan.

Godzilla juga adalah duta pelancongan Shinjuku, sebuah daerah di ibu negara Jepun.

Baca: Misteri Penghuni Planet Marikh Terbongkar Selepas 20 Tahun

Raksasa radioaktif itu adalah sebahagian daripada projek unjuran pemetaan di dewan bandar raya ibu negara yang telah berlangsung sejak 25 Februari 2024.

Imej Godzilla Di Tokyo
Sumber gambar: Google

Pegawai mula menayangkan imej digital Godzilla pada Sabtu sebagai sebahagian daripada usaha ibu negara itu untuk menarik lebih ramai pelancong ke Shinjuku, salah satu tempat hiburan malam terbesar di Tokyo.

Penonton akan dapat melihat Godzilla digital tiga kali sehari pada cuti kebangsaan Jepun dan pada hujung minggu hingga 6 Mei.-hmetro

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply