Hospital Tersilap Bedah Pesakit

Hospital Tersilap Bedah Pesakit

Hospital Tersilap Bedah Pesakit

Wanita tersilap dibius dan tidak menyedari menjalani prosedur menggugurkan kandungan ketika menjalani pemeriksaan rutin kehamilannya di sebuah hospital di Republik Czech, baru-baru ini.

Wanita sihat itu, yang hamil empat bulan dibius dan menjalani pembedahan rahim yang dipanggil cutterage sehingga menyebabkan dia keguguran.

Prosedur itu sepatutnya dijalankan untuk wanita lain, yang dijadualkan pada 25 Mac, di Hospital Bulovka di Prague, sebuah hospital pengajar utama di ibu negara.

Jurucakap Hospital Eva Stolejda Libigerova memberitahu CNN Prima, kejadian berlaku di Klinik Ginekologi dan Obstetrik.

“Menurut penemuan setakat ini, akibat pelanggaran serius dan ketidakpatuhan peraturan dalaman kakitangan terbabit, satu pembedahan dijalankan ke atas pesakit yang tidak dikenal pasti,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pihaknya kesal dan memohon maaf kepada pesakit dan seluruh keluarganya atas kejadian malang itu.

“Kami memberi jaminan akan melakukan segala-galanya dan memberi pampasan.

“Sebagai hospital pengajar yang bertauliah, kami menetapkan peraturan dan prosedur dengan jelas yang kakitangan perubatan kami wajib ikut, tanpa pengecualian.

“Kakitangan klinik terbabit diberhentikan bertugas sementara menunggu penilaian penuh kejadian buruk dengan pemahaman bahawa, sekiranya berlaku pelanggaran prosedur kerja yang mengikat sebagai sebahagian daripada siasatan dalaman semasa, individu tertentu akan bertanggungjawab secara peribadi,” katanya kepada Prahain.cz.

Kedua-dua wanita itu dilaporkan warga asing berketurunan Asia dan tidak berbahasa Czech dengan baik.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Kamal Farhan berkata, jika terbukti ada salah laku, ibu keguguran bayi akibat kecuaian, perlu diberi pampasan.

Pengguguran di Republik Czech adalah sah atas sebarang sebab untuk kandungan berusia 12 minggu, alasan perubatan (sehingga 24 minggu) dan pada bila-bila masa disebabkan keabnormalan serius pada janin.-hmetro

About admin 1198 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply