Polis Pecah Pintu Selamatkan Bayi Rupanya Patung

Polis Pecah Pintu Selamatkan Bayi Rupanya Patung

Polis Pecah Pintu Selamatkan Bayi Rupanya Patung

Ibu kepada tiga anak yang menjual patung bayi terpaksa meletakkan papan tanda di tingkap rumahnya bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak panik.

Metro UK melaporkan, peringatan itu diberi kerana insiden polis memecah masuk rumahnya bagi menyelamatkan apa yang disangkakan sebagai bayi sebenar.

Ava Prior, yang menghasilkan anak patung realistik sebagai hobi dan menjualnya berkata, pegawai polis menyangka patung itu sebagai bayi yang diabaikan.

Berikutan itu, pegawai polis bertindak memecahkan pintu untuk menyelamatkan ‘bayi’ itu hingga menyebabkan kerosakan bernilai lebih 400 pound sterling (kira-kira RM2,389).

“Tak kelakar pada masa itu, tetapi lucu apabila diingat semula,” katanya

Disember lalu, Ava, dari Malvern di Worcestershire, meletakkan sentuhan akhir pada anak patung, memakaikannya dengan sut salji dan memasukkannya ke dalam katil bayi supaya dia boleh mengambil gambar untuk menjual patung itu, dalam talian.

Selepas mengambil beberapa gambar patung bayi realistik yang dijual sehingga 180 pound sterling (kira-kira RM1,075) setiap satu, dia meninggalkan katil patung bayi itu di atas lantai, mematikan lampu kemudian ke rumah rakannya bersama anak bongsunya.

Pada masa yang sama, ibu Ava, yang selalu bercakap dengannya, tidak dapat menghubungi anak perempuannya kerana telefonnya dimatikan dan dicas.

Akibat bimbang, ibunya menghubungi polis, yang kemudian segera pergi ke rumah Ava bagi melakukan tugas menyelamat.

Melihat ada ‘bayi’ di dalam rumah itu, polis Mercia Barat memecahkan pintu rumah berkenaan.

Bagaimanapun, polis kemudian mengesan bahawa Ava berada di rumah rakannya.

Dalam usaha untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi, Ava membuat notis pada tingkap yang berbunyi: ‘Tiada bayi bersendirian di dalam rumah, tolong jangan panik atau pecahkan pintu dan tingkap. Terima kasih’.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply