China Uji Robot Pakar Bedah Otak

China Uji Robot Pakar Bedah Otak

China Uji Robot Pakar Bedah Otak

China sedang menguji teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk pakar bedah saraf atau otak di tujuh hospital di Beijing dan bandar lain, dalam beberapa bulan akan datang, lapor Bloomberg.

Ia adalah satu daripada inisiatif yang disokong kerajaan untuk mencuba dan memanfaatkan teknologi itu.

Agensi yang berpangkalan di Hong Kong di bawah Akademi Sains China iaitu institut saintifik yang disokong kerajaan terkemuka di China memperkenalkan model AI itu berdasarkan Llama 2.0 Platform Meta, pada 11 Mac lalu.

Pengarah eksekutif pusat itu, Dr Liu Hongbin berkata, penyelidik melatih dan memperhalusi model itu dengan kertas kerja, jurnal

Beberapa negeri menyertai firma swasta China itu dalam membangunkan AI buatan sendiri berdasarkan acuan ChatGPT OpenAI.

Model TaiChu oleh Akademi Sains China itu adalah antara kumpulan pertama perkhidmatan yang mendapat kelulusan untuk pelancaran awam pada bulan Ogos.

Teknologi ini dianggap sebagai menyimpan potensi untuk merevolusikan bidang daripada diagnostik kepada perundingan peribadi.

Pusat Kecerdasan Buatan dan Robotik yang berpangkalan di Hong Kong itu menggunakan kira-kira 100 unit pemproses grafik untuk melatih model tertumpu penjagaan kesihatannya, dibahagikan sama rata antara cip mewah A100 Nvidia dan Ascend 910B Huawei Technologies, kata penyelidik kepada pemberita pada 11 Mac.

Mereka berharap bot AI yang digelar Cares Copilot 1.0 itu akan menjawab soalan dengan petikan berdasarkan lebih daripada sejuta rekod akademik.

Ia juga sepatutnya dapat memproses data diagnostik seperti pengimejan resonan magnet (MRI), ultrabunyi atau tomografi berkomputer (CT), serta imej, teks dan audio.

Akhirnya, penyelidik membayangkan AI mengambil peranan yang lebih aktif dengan memberi amaran kepada doktor daripada mengikuti prosedur berisiko.

“Terdapat halangan, termasuk kuasa pengkomputeran yang terhad kerana akses yang dilarang kepada cip canggih Nvidia.

“Bagaimanapun, kami boleh membangunkan model menegak dengan ciri kami sendiri dengan lebih banyak data berkualiti tinggi daripada hospital terkemuka di tanah besar, yang tidak tersedia untuk OpenAI dan banyak syarikat swasta domestik,” kata Dr Feng Ming, ketua doktor di jabatan pembedahan saraf Hospital Kolej Perubatan Kesatuan Peking, yang mengambil bahagian dalam pembangunan model itu.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply