Mahu Anak Jadi Superman Tapi Meninggal Bapa Dihukum Penjara

Mahu Anak Jadi Superman Tapi Meninggal Bapa Dihukum Penjara

Mahu Anak Jadi Superman Tapi Meninggal Bapa Dihukum Penjara

Penggemar makanan mentah radikal di Rusia dihukum penjara lapan tahun kerana didapati bersalah membunuh bayi lelakinya yang berusia sebulan, dengan memberi mangsa ‘makan’ cahaya matahari dan bukannya makanan sebenar.

Metro UK melaporkan, mahkamah diberitahu Maxim Lyutyi, 43, yang juga pempengaruh di Rusia mahu bayi lelakinya, Kosmos, menjadi seperti adiwira Superman, dengan mendedahkan anaknya itu kepada cahaya matahari.

Malangnya, bayi yang baru lahir itu meninggal dunia akibat radang paru-paru dan kurus kering ketika dalam perjalanan untuk berjumpa doktor di Sochi, bandar peranginan Laut Hitam di Krasnodar.

Baca: Suntik Merkuri Nak Jadi X-Men, Tubuh Remaja Tumbuh Bisul

Lyutyi mempunyai hampir 60,000 pengikutnya di Instagram.

Kosmos dilahirkan di rumah kerana Lyutyi enggan membenarkan ibu kanak-kanak lelaki itu, Oksana Mironova bersalin di hospital.

Lyutyi kemudian membuatkan bayi itu menjalani diet ‘prana’ vegan yang ketat berdasarkan makanan seperti buah beri yang kononnya mempunyai kesan positif pada tenaga rohani badan.

Lebih ekstrem lagi apabila Lyutvi membesarkan anaknya dengan kaedah dikenali ‘breatharianism’ iaitu bertahan dengan cahaya matahari sahaja.

Lyutyi dikatakan mahu bereksperimen dengan tidak memberi makan, sebaliknya mendedahkan anaknya kepada matahari semata-mata

Mahkamah juga diberitahu Lyutyi menolak ubat konvensional dan menyiram Kosmos dalam air sejuk untuk menguatkan badan bayi itu.-hmetro

About admin 1199 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply