COVID-19: China sertai COVAX, Malaysia Bincang Terma Dengan Gavi

China semalam menandatangani perjanjian bagi memastikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan kelak, diagihkan kepada negara membangun dalam usaha diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membendung pandemik itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata pihaknya sedang dalam proses mengkaji dan meneliti isu berkenaan, khususnya berkaitan dengan COVAX.

Kerajaan Malaysia pula akan menyertai pelan peruntukan vaksin koronavirus (Covid-19) vaccine global access (Covax) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin Covid-19 yang diperlukan, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dalam kenyataan hari ini MOSTI berkata, kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia itu dengan pakatan The Global Alliance for Vaccine and Immunisation (Gavi) yang mengendalikan Covax.

Menurutnya, kerajaan Malaysia juga sedang menyediakan perjanjian bagi menyertai Coalition for Epidemic and Preparedness Innovations (CEPI) serta perjanjian government to government (G2G) bersama kerajaan China untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal di negara itu.

Sumber: Berita Harian & Sinar Harian

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply