Anwar Menghadap Agong Selasa Depan

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, pada minggu depan.

Dalam satu kenyataan media, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk beliau mengadap pada hari Selasa 13 Oktober 2020.

Anwar berkata pada majlis menghadap tersebut beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Pada 23 September lalu, Anwar memaklumkan sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sehari sebelum itu, namun ditangguhkan kerana Seri Paduka menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Terdahulu, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan serta akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sumber:Astro Awani

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply