Tips Membaiki Decoder Njoi Di Rumah

Ramai antara kita yang memilih untuk melanggan saluran percuma Astro NJOI di rumah. (Tips Membaiki Decoder Njoi Di Rumah)

Saluran ini menyediakan perkhidmatan televisyen dan radio satelit percuma daripada Astro. Pada masa kini, NJOI memiliki sejumlah 29 saluran televisyen percuma termasuk 6 saluran HD, lebih 50 saluran prabayar, dan 27 saluran radio.

Pada tahun 2012, set NJOI hanya bernilai RM280 termasuk pemasangan dan tiada bayaran bulanan. Hanya bayar RM280 semasa pemasangan sahaja!

gambar hiasan

Melalui laman Astro NJOI terkini harga ditawarkan lebih mahal kerana penambahan beberapa saluran tambahan seperti saluran HD dan sebagainya.

Namun, decoder Astro ini hanya dilindungi waranti selama setahun dan sekiranya rosak, pihak Astro tidak menyediakan perkhidmatan pembaikan ataupun menjual alatganti elektronik yang rosak. Jika anda perasan set decoder NJOI yang lama adalah set refurbish atau dengan kata lain barangan terpakai yang digunakan semula. Walaupun refurbish, tidak semua set ini akan rosak dengan cepat kerana admin sendiri telah menggunakannya selama 8 tahun sebelum mengalami kerosakkan.

Tips Membaiki Decoder Njoi Di Rumah

Biasanya kerosakan pada decoder ini ialah disebabkan IC power yang tidak berfungsi. Melalui perkongsian di youtube, kebanyakan mereka menggunakan electronic hot air blower untuk memanaskan IC power selama lebih kurang 15 minit sebelum ianya berfungsi semula. Ini mencetuskan idea saya untuk mencuba hair drier  di rumah dan hasilnya decoder yang rosak dapat berfungsi semula. Untuk lebih jelas sila saksikan paparan video berikut:

Selamat mencuba!

Kredit: Channel Youtube, NNK Video

Baca info: 6 Tips Mengecat Rumah (Cat Air)

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply