Lebih 850 Kematian Akibat Denggi

Lebih 850 Kematian Akibat Denggi

Lebih 850 Kematian Akibat Denggi

Bangladesh merekodkan 3,015 kes demam denggi dan 21 kematian pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 176,810 manakala angka kematian lebih 850 setakat tahun ini, menurut Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS) di bawah Kementerian Kesihatan.

Baca: Keluarga Berjalan Seperti Haiwan Sejak Lahir Rupanya Penyakit

Sebelum ini, pada 2 September, DGHS melaporkan angka kematian harian tertinggi iaitu 21 kematian, lapor Xinhua.

Menurut data DGHS, 53,002 kes denggi direkodkan setakat ini pada September, manakala 71,976 pada Ogos dan 43,854 pada Julai.

Jumlah pesakit pulih setakat tahun ini ialah 165,680, termasuk 2,833 pesakit baharu dalam tempoh 24 jam lepas, menurut DGHS.

Musim tengkujuh pada Jun-September ialah musim demam denggi di Bangladesh, yang dianggap sebagai negara berisiko tinggi terdedah kepada penyakit bawaan nyamuk itu.-hmetro

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply