Simpan Wang Di Luar Negara Antara Taktik Licik ‘Orang Dalam’ Syarikat Telco

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lagi mendedahkan kegiatan terancang syarikat penyedia kandungan yang dikesan mencuri wang beratus juta ringgit milik pengguna talian prabayar di Malaysia.

Membuka akaun bank di luar negara sanggup bertujuan memindahkan wang rasuah kepada ‘orang dalam’ di syarikat telekomunikasi (telco) tempatan.

Pekerja syarikat telco yang ‘dibeli’ oleh syarikat penyedia kandungan ini bertanggungjawab membocorkan (menjual) data peribadi pengguna talian prabayar selepas disogok berjuta ringgit sejak lebih lima tahun lalu.

Perkara itu didedahkan hasil siasatan SPRM sejak Mac lalu yang mendapati wujudnya sistem korupsi licik dan tersusun.

Wang rasuah disogok kepada kakitangan syarikat telco tidak diserahkan di dalam negara sebaliknya ia dipindahkan di bank negara jiran bagi menyukarkan kegiatan itu dihidu.

Malah, penerima rasuah (kakitangan telco) turut dikesan menaiki penerbangan ke luar negara semata-mata untuk membuka akaun bank bagi menyimpan wang haram itu,” katanya.

Baca: Jenayah ‘Menyedut’ Kredit Prabayar Melalui SMS, Kaut RM100 Juta Dari Pengguna

Menurutnya, taktik itu dirancang teliti hingga menyukarkan SPRM mengumpul bukti dan mengambil tindakan terhadap jenayah dilakukan.

Buat masa ini SPRM hanya boleh mengambil tindakan mutual legal assistance (MLA) iaitu perjanjian serta bantuan pihak berkuasa antara dua negara bagi membolehkan siasatan dilakukan. Malah SPRM akan menghantar pegawai ke negara berkenaan untuk melakukan siasatan.

LAPORAN Harian Metro, 28 November 2020. FOTO Arkib NSTP

Sumber itu berkata, siasatan lanjut turut mendapati data peribadi pengguna talian prabayar yang dijual turut disalah guna oleh agensi affiliate atau agensi mengiklankan produk di Internet.

“Berdasar soal siasat dilakukan terhadap kakitangan telco, mereka kerap memberi alasan sama mendakwa jenayah itu dilakukan agensi affiliate yang tidak dapat dipastikan lokasi keberadaannya.

“Agensi ‘hantu’ ini mungkin berpangkalan di luar negara. Penyelanggara agensi affiliate turut akan mengganggu pemilik telefon pintar dengan menghantar pelbagai iklan yang tidak diperlukan.

“Malah wujud kes membabitkan sindiket menggunakan sistem application programming interface (API) untuk menyedut data pengguna melalui panggilan telefon,” katanya.

Menurutnya, situasi yang berlaku itu amat menakutkan berikutan maklumat disimpan di dalam telefon bimbit kini tidak lagi selamat sepenuhnya.

“Seharusnya syarikat telco melindungi data rahsia pengguna namun sebaliknya berlaku apabila segelintir mereka mengejar keuntungan melalui perbuatan menjual data pengguna,” katanya.

Harian Metro semalam mendedahkan hampir 100 syarikat penyedia kandungan dikesan melakukan jenayah ‘menyedut’ kredit pra-bayar milik pengguna telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian RM100 juta sejak 10 tahun lalu.-hmetro

About admin 1198 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply