Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021 ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta untuk tahun 2021 dibuka kepada para pemohon yang layak untuk dipertimbangkan tawaran.

Syarat utama pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa untuk memohon tawaran biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2021.

Para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM / STPM atau yang setaraf / Matrikulasi, adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

KELAYAKAN PERMOHONAN:

AM

  1. Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  2. Memiliki sijil SPM / STPM atau yang setaraf / Matrikulasi dengan kelayakan minimum

Had Umur

  1. Bagi kursus Diploma pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
  2. Bagi kursus Ijazah Sarjana Muda pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.

Kelulusan Akademik

  1. Lulus SPM mendapat kepujian dalam lima (5) mata pelajarantermasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar. dan / atau ;
  2. Lulus Sijil STPM dengan baik atau sekurang-kurangnya lulus Pengajian Am dan tiga mata pelajaran yang lain dan berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.

CARA MEMOHON:

  1. Permohonan dibuat melalui Online dengan melayari web : www.biasiswa.sabah.gov.my Pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi untuk permohonan online.

PERMOHONAN

  1. Permohonan akan dibuka dan diumumkan Kerajaan Negeri Sabah Dalam Masa Terdekat.
  2. Sila semak kemaskini di pautan www.biasiswa.sabah.gov.my untuk sebarang kemaskini terkini.

BIDANG / KURSUS PENGAJIAN

1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
● Juruukur
● Pertanian
● Kesihatan
● Jurukur Bahan
● Perakaunan
● Seni Bina
● Kejuruteraan
● Sains Tulen
● Perusahaan Ternak
● Pengurusan Hartanah
● Teknologi Maklumat

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
● Akuakultur
● Perikanan
● Pertanian
● Ekonomi
● Farmasi
● Perubatan
● Kejuruteraan
● Juru Ukur Bahan
● Perhutanan
● Perubatan Veterinar
● Psikologi
● Komunikasi
● Matematik
● Sains Alam Sekitar
● Sains Biologi Marin
● Sains Bioteknologi
● Pelancongan dan Hospitaliti
● Pendidikan
● Sains Komputer
● Sains dan Teknologi Makanan
● Pengajian Islam
● Pergigian
● Perakaunan
● Undang-Undang

PENTING UNTUK PERHATIAN KETIKA MEMOHON

  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  2. Keputusan permohonan boleh di semak melalui Online.
  3. Kursus-kursus Matrikulasi / Asasi / Foundation tidak ditaja.
  4. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.
  5. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Baca info: Pelanjutan Tempoh Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

 

 

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

2 Comments

Leave a Reply