Laluan Terusan Suez Tersekat Dunia Rugi RM1.6 Bilion Sejam

Laluan Terusan Suez Tersekat Dunia Rugi RM1.6 bilion sejam

KAHERAH- Insiden kapal kontena besar milik Panama, Ever Given yang tersadai dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas marin yang teruk di Terusan Suez semenjak Selasa lalu mengakibatkan kerugian besar kepada dunia.

Menurut laporan jurnal berita Lloyd’s List, gangguan perjalanan itu mengakibatkan kerugian mencecah AS$400 juta (RM1.6 bilion) sejam.

Tambah Lloyd’s List, anggaran nilai barang yang dibawa kapal kargo itu mencecah AS$9.7 bilion (RM40 bilion) sehari.

Baca: Nüwa Satu Daripada Lima Bandar Di Planet Marikh Menjelang Tahun 2054

Daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$5.1 bilion (RM2.1 bilion) dibawa oleh kepal dari timur ke barat dan AS$4.6 bilion (RM19 bilion) dibawa oleh kapal dari barat ke timur.

Kesesakan itu juga memaksa hampir 300 buah kapal kargo lain untuk menukar laluan melalui Afrika dengan perjalanan yang lebih jauh, kos yang tinggi dan juga berbahaya.

Ia juga memberi kesan kepada bekalan global yang meningkat naik dalam pandemik Covid-19.

Ketika ini, usaha mengapungkan semula kapal Ever Given yang tersekat itu masih giat diteruskan.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perkapalan Belanda Boskalis, Peter Berdowski berkata pihaknya telah mencuba pelbagai usaha untuk mengalihkan kapal itu daripada sekatan namun tempoh yang diperlukan untuk berbuat demikian tidak dijelaskan.

Terusan Suez merupakan salah satu laluan air terpenting di dunia yang menghubungkan Mediterranean dengan Laut Merah serta merupakan laluan perkapalan ke Asia.

Ia meliputi sepanjang 190 kilometer, sedalam 24 meter dan seluas 205 meter yang boleh mengendalikan puluhan kapal kontena besar dalam masa sehari.-kosmo!

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply