Majlis Neelofa Disiasat Polis Gagal Patuh SOP, Tiada Penjarakan Fizikal

Majlis Neelofa Disiasat Polis Gagal Patuh SOP, Tiada Penjarakan Fizikal

Majlis Neelofa Disiasat. Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32, dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Baca: Nur Sajat Buat Hal, Kini Disiasat JAIS

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

Majlis Neelofa Disiasat

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.-hmetro

Majlis pernikahan pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang berlangsung pagi, kelmarin, menjadi bualan dalam kalangan warganet.

Selain tema majlis warna putih, pelamin rekaan pereka dan perancang perkahwinan, Reka Teemor antara yang mendapat perhatian.

Reka Teemor menerusi hantaran di Instagram mendedahkan rekaan pelamin pasangan itu diinspirasikan dari Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa.

Malah, Reka Teemor berkata pihaknya terpaksa berahsia selama tiga minggu sebelum berkongsi hasil rekaan mereka kepada umum kelmarin.

Pada Disember tahun lalu hubungan Neelofa dan PU Riz diuji dengan pelbagai fitnah berat seperti ada yang mendakwa mereka sudah melangsungkan perkahwinan dengan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah bebas itu.

Hubungan pasangan itu juga turut mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga PU Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin di jari manisnya sekali gus membuktikan hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik.

About admin 1190 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply