Kenakan Bayaran Penginapan Pelancong Walaupun Lawatan Harian

Kenakan Bayaran Penginapan Pelancong Walaupun Lawatan Harian

Kenakan Bayaran Penginapan Pelancong Walaupun Lawatan Harian

Milan: Orang ramai yang melawat Venice akan dikenakan bayaran sekiranya mereka hanya melakukan lawatan harian tanpa menginap di situ.

Portal Deutsche Welle melaporkan, mereka yang tidak bercadang untuk bermalam di salah satu hotel di bandar atau penginapan lain perlu mendaftar lebih awal dan membayar yuran antara tiga euro hingga 10 euro (RM13.79 hingga RM45.96) bergantung pada musim dan bilangan pengunjung pada hari itu.

Baca: Jepun Dilanda Gelombang Panas Pecah Rekod 150 Tahun

Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai Januari 2023 dan ia bertujuan untuk meningkatkan pendapatan daripada sebahagian besar pengembara harian yang membawa sedikit faedah kewangan kepada bandar pelancongan itu.

Bagaimanapun, kanak-kanak dan orang kurang upaya tidak perlu membayar yuran itu, manakala kumpulan pelancong yang tiba dengan kapal persiaran akan dikenakan bayaran melainkan syarikat persiaran membayar yuran khas kepada bandar.

Kira-kira 19 juta pelancong harian melawat Venice pada 2019, tahun terakhir sebelum wabak koronavirus melanda dunia.

Mereka mewakili empat perlima daripada jumlah keseluruhan pelancong di bandar itu.

Skim rizab dan gaji diapungkan sebelum ini tetapi ia ditangguhkan kerana koronavirus yang menyaksikan sektor pelancongan terjejas, buat pertama kali dalam beberapa dekad.

Pesuruhjaya pelancongan bandar berkenaan, Simone Venturini menolak dakwaan rancangan yuran pelancong harian itu bertujuan mengurangkan bilangan pengunjung.

Pelancong yang menginap di Venice akan dikecualikan daripada bayaran kerana mereka sudah membayar cukai penginapan.-hmetro

About admin 911 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply