Katak Sebesar Bayi Manusia, Katak Terbesar Di Dunia Di Pulau Solomon

Katak Sebesar Bayi Manusia, Katak Terbesar Di Dunia Di Pulau Solomon

Seekor katak terbesar dunia sebesar bayi manusia berjaya ditangkap di pinggir ibu kota Pulau Solomon, Honaira.

Penemuan oleh pemilik kilang kayu, Jimmy Hugo dibuat bulan lalu dan dikongsi di akaun Facebook miliknya, dan menggemparkan ramai netizen di akaun sosial media itu.

Baca: Seekor Kucing Ditahan Cuba Seludup Masuk Dadah Dalam Penjara

Rasanya lebih sedap daripada ayam

Dalam catatannya, Hugo berkata katak berkenaan dikenali sebagai ‘ayam belukar’ dalam kalangan penduduk pulau tersebut.”Rasanya lebih sedap daripada ayam,” katanya.

Katak terbesar di dunia

Menurut pakar biologi, Patrick Pikacha, spesis katak ini dikenali sebagai Cornufer guppyi dan merupakan salah satu katak terbesar di dunia, memetik laporak portal berita ABC.

Katak terbesar di dunia ialah katak Goliath Afrika ditemui di Cameroon berukuran 36 sentimeter panjang.

Jelas Dr Pikacha, katak di Pulau Solomon ini kini terancam akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Selain itu, bahan kimia yang dilepaskan ke dalam sungai turut mengakibatkan kematian amfibia tersebut.

Pernah menemui saiz lebih besar

Jelasnya lagi, walaupun katak yang dikongsi Hugo itu agak besar, dia pernah menemui saiz lebih besar daripada itu di Pulau Gatokae, salah satu pulau kecil di barat Pualau Solomon.

“Seekor katak yang pernah temui berukuran 30 sentimeter panjang, sepanjang sebuah pembaris panjang.

“Ketika itu katak berkenaan sedang makan seekor ulat jadi ia tidak cuba melarikan diri,” katanya.-SH

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply