Seekor Kucing Ditahan Cuba Seludup Masuk Dadah Dalam Penjara

Seekor Kucing Ditahan Cuba Seludup Masuk Dadah Dalam Penjara

Seekor Kucing Ditahan Cuba Seludup Masuk Dadah Dalam Penjara.

Sindiket dadah sering menggunakan pelbagai cara bagi mengabur mata pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah.

Terbaharu pengawal penjara di Panama terpaksa menahan seekor kucing selepas didapati menyeludup masuk dadah ke Penjara Nueva Esperanza.

Terbaharu pengawal penjara di Panama terpaksa menahan seekor kucing selepas didapati menyeludup masuk dadah ke Penjara Nueva Esperanza.

Menurut laporan agensi berita AFP, kucing berkenaan telah diserahkan kepada pusat perlindungan haiwan.

Baca: Tong Gas Dicat Guna Logo Baru Di Tawau Sebelum Diseludup ke Negara Jiran

Pada 16 April lalu, seorang petugas penjara terlihat seekor kucing berwarna oren dan putih memasuki penjara berkenaan bersama kain kecil yang diikat pada lehernya.

Pada 16 April lalu, seorang petugas penjara terlihat seekor kucing berwarna oren dan putih memasuki penjara berkenaan bersama kain kecil yang diikat pada lehernya.

Ketua Sistem Penjara Panama, Andres Gutierrez berkata, pemeriksaan pada kain putih berkenaan terdapat paket kecil yang mengandungi serbuk putih dan daun.

Pemeriksaan lanjut mendapati bahawa bahan tersebut merupakan dadah jenis kokain dan marijuana yang cuba diseludup masuk dalam penjara.

Penjara tersebut terletak di utara Panama City dan menempatkan lebih 1,700 banduan.

Sebelum ini pengawal penjara berkenaan berjaya mengesan burung merpati yang dilatih untuk menyeludup dadah ke dalam penjara itu sebelum kejadian seekor kucing ditahan kerana cuba menyeludup dadah.-SH

About admin 980 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply