Isteri Maut Dibelasah Suami BerTiktok Dengan Isteri Kedua

isteri maut kerana tiktok
gambar hiasan

Seorang isteri maut dibelasah suaminya selepas bertengkar dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Pelangi Damansara di sini pada Isnin lalu hanya kerana aplikasi sosial yang popular iaitu video TikTok.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, isteri pertama yang maut iaitu mangsa yang merupakan warga asing berusia 40 tahun dipercayai cemburu setelah melihat video aplikasi sosial TikTok suaminya bersama isteri keduanya.

Baca: 7 Kes Bunuh Kejam Di Malaysia Yang Ngeri Dan Ganas

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semasa pergaduhan itu, suspek telah menumbuk dan menampar mangsa berkali-kali hingga tidak bergerak lagi.

“Keesokannya, pada jam 7.30 pagi polis menerima satu panggilan telefon yang memaklumkan mengenai kematian wanita berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat polis menahan suspek dan seorang wanita yang juga adalah isteri keduanya dalam tangkapan berasingan di Kuala Lumpur dan Klang, Selangor pada hari sama.

Katanya, polis telah merampas beberapa barang seperti tiga unit telefon bimbit, pakaian dan barang kemas.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua suspek warga asing berusia 29 dan 45 tahun telah direman enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-SH

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply