Belanjawan Lulus, Kerajaan Muhyiddin Semakin Stabil

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Kabinet berjaya melalui ujian terbesar tahun ini apabila Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan melalui suara majoriti di Dewan Rakyat kelmarin.

Meskipun terdapat cubaan untuk mencadangkan undian secara belah bahagi, hasrat yang dikemukakan pembangkang itu nampaknya gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang.

Baca: I-Sinar KWSP Dinaikkan RM6000 Kepada RM10,000, 8 Juta Pencarum Terima Manfaat

Ini kerana, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan, hanya 13 ahli Parlimen sahaja yang bangun untuk menyokong usul belah bahagi berkenaan sedangkan peraturan menetapkan memerlukan sokongan 15 ahli dewan.

Antara yang kelihatan bangun menyokong belah bahagi ialah Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) dan Khalid Abd. Samad (PH-Shah Alam).

Lulusnya Belanjawan 2021 di peringkat dasar hari ini menunjukkan perubahan peruntukan yang dilakukan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terutamanya dalam soal pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya menarik perhatian pembangkang dan mengukuhkan sokongan ahli Parlimen kerajaan. – UM

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply