Rogol Kanak-kanak 8 tahun Suspek Ditahan Di Tuaran Bypass Inanam

Suspek kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun berjaya diberkas polis di Inanam pada khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji, suspek seorang lelaki berusia 25 tahun tersebut ditahan ketika melalui jalan Tuaran Bypass pada tengah hari Khamis, sekitar pukul 1.30 tengah hari di tepi jalan Tuaran Bypass berhampiran Wisma YLY.
Hasil soal siasat awal yang dijalankan, suspek mengaku merogol mangsa di kawasan pondok, di dalam hutan berdekatan dengan Plaza YLY Monkey Kitchen, Inanam kemudian memberikan wang sebanyak RM5 agar mangsa tidak memberitahu bapa mangsa.
Tambahnya, ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis methaphetamine dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Habibi berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 25 November 2020 dan memberitahu bahawa suspek telah merogol anak perempuannya.
Lebih kurang pukul 9.30 pagi, pengadu diberitahu oleh anaknya (mangsa), seorang lelaki (suspek) tidak dikenali telah merogolnya.

Kejadian berlaku ketika mangsa dilaporkan telah keluar dari rumah berseorangan untuk ke rumah makciknya yang tidak jauh dari rumahnya.

Semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya, mangsa telah ditahan oleh suspek yang meminta mangsa untuk mengikutinya dengan memberikan gula-gula sebelum kedua-dua mereka pergi ke sebuah pondok yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari rumah mangsa.
Suspek turut mengugut mangsa dengan sebilah pisau sebelum melakukan perbuatan rogol tersebut.
Mangsa yang takut hanya dapat menangis di kawasan pondok tersebut dan kemudiannya suspek telah bertindak mencium mulut mangsa dan telah membuka baju mangsa sebelum memasukkan alat kemaluannya ke dalam alat kemaluan mangsa.
Siasatan awal ditempat kejadian mendapati kawasan tersebut merupakan kawasan hutan dan terdapat sebuah pondok yang disyaki digunakan tempat penagih dadah.-awani
About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: