41 Tahun Hidup Dalam Hutan, Tarzan Ini Tidak Pernah Bertemu Wanita

41 Tahun Hidup Dalam Hutan, Tarzan Ini Tidak Pernah Bertemu Wanita

41 Tahun Hidup Dalam Hutan

Seorang lelaki dari Vietnam digelar Tarzan moden apabila menghabiskan masa 41 tahun hidup di dalam hutan, lapor portal DNA, semalam.

Ho Van Lang, 46, bersama ayahnya dan adiknya, Tri lari ke dalam hutan pada 1972 apabila Perang Vietnam tercetus.

Disebabkan hidup ditemani dua lelaki, Ho tidak pernah bertemu wanita dan didakwa tidak mempunyai sebarang nafsu pada jantina berbeza.

Baca: 13 Pulau Aneh Di Dunia: Ditinggalkan Manusia, Didiami Habitat Pelik dan Ganas!

Pada 2015, keluarga ini diselamatkan oleh kerajaan tempatan dan diberikan penempatan di sebuah kampung kecil di Vietnam.

Namun begitu, menurut seorang jurugambar yang pernah bertemu Ho, Alvaro Cerezo berkata lelaki itu masih berdepan masalah membezakan antara lelaki dan wanita kerana menganggap keduanya sama sahaja.

Ho hidup dalam hutan bersama ayah dan adiknya selama 41 tahun. - Docastaway
Ho hidup dalam hutan bersama ayah dan adiknya selama 41 tahun. – Docastaway

“Ho juga seorang yang sangat lurus dan tidak tahu antara baik atau buruk. Jika ada yang menyuruh dia memukul orang, dia akan melakukannya tanpa banyak soalan.

“Wajahnya juga masih kelihatan seperti kanak-kanak kerana menghabiskan hampir seluruh hayatnya di dalam hutan,” kata Cerezo.-kosmo!

Tarzan

Tarzan (John Clayton II, Viscount Greystoke) ialah watak cereka ciptaan Edgar Rice Burroughs yang pertama kali muncul dalam novel Tarzan dari Apes (penerbitan majalah 1912, penerbitan buku 1914 ) dan seterusnya dalam 25 siri, beberapa buku karya bayangan, dan karya yang tidak terhitung di media lain, yang diberi kuasa dan tidak sah. Watak ini merupakan seorang anak liar yang dibesarkan di hutan belantara Afrika dalam kalangan mawas lagi-lagi oleh kera besar Mangani; dia kemudiannya didedahkan kepada ketamadunan manusia namun dia enggan menerima budaya tersebut lalu kembali ke alam rimba sebagai seorang petualang berani.-wikipedia

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply