
Gantung Diri Selepas Dijangkiti Covid-19
Kajang: Mayat lelaki ditemui tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima panggilan daripada orang awam jam 7.47 pagi memaklumkan terlihat lelaki tergantung di jejantas itu.
Baca:
226 Kes Bunuh Diri Direkodkan Sepanjang PKP
Polis Menggantung Diri Selepas Sambut Hari Lahir Anak Dan Bersahur
Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Dipercayai Bunuh Diri Di Tepi Sungai Petagas
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas itu.
Gantung Diri Selepas Dijangkiti Covid-19
“Maklumat awal daripada waris mendapati mangsa disyaki dijangkiti Covid-19 dan dia mengatakan tidak tahan dengan sakit dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.
“Mayat diturunkan dengan bantuan bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca: Malaysia Bangunkan Vaksin Covid-19 – Ujian Klinikal Tidak Lama Lagi
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seorang pegawai dan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kerja-kerja menurunkan mayat kemudian dijalankan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.-hmetro
Leave a Reply