Predator ‘Berjualan’ Cari Rezeki

Semua maklum bukan senang untuk mencari rezeki di waktu sekarang dikala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sejak sebulan lalu dilanjutkan lagi sehingga hujung tahun ini.

Namun dalam menghadapi kesukaran ini, seorang lelaki, Mohd Nor Hisham Awang Nong, yang juga seorang peniaga ayam gunting, mencari kelainan untuk menarik pelanggan dengan memakai kostum Predator.

 

Lelaki 'Predator' Jual Ayam Gunting Demi Mencari Rezeki Halal Di Tepi Jalan | BuzzKini

 

Kreativiti dan kegigihan Hisham sekaligus mempromosikan jualan, selain dapat menghiburkan pengunjung yang datang ke gerainya.

Hisham yang mula memakai kostum berkenaan sejak enam bulan lalu berkata, dia akan memakai kostum itu selama satu jam iaitu bermula 5 petang setiap hari namun bergantung kepada keadaan cuaca.

 

Lelaki 'Predator' Jual Ayam Gunting Demi Mencari Rezeki Halal Di Tepi Jalan | BuzzKini

 

“Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebagai peniaga, saya perlu melakukan inisiatif yang lebih kreatif bagi meraih jualan. Saya berharap peniaga lain yang terjejas juga dapat tonjolkan kreativiti masing-masing ketika mencar rezeki,” katanya.

Selain gelagatnya yang menarik perhatian dan menghiburkan, Hisham juga merupakan seorang pesara kerajaan dan orang kurang upaya (OKU) selepas kehilangan mata kanan sejak empat tahun lalu.

 

Lelaki 'Predator' Jual Ayam Gunting Demi Mencari Rezeki Halal Di Tepi Jalan | BuzzKini

Dia kemudian bersara awal dan mengusahakan gerai ayam gunting serta dibantu isterinya yang juga kakitangan kerajaan.

Hisham berkata kostum itu dianggarkan bernilai RM10,000 yang dipereoleh daripada Gabungan Pre­dator Malaysia berpusat di Johor.

Menurutnya, ada yang mendakwa tindakan memakai kostum itu satu ‘kerja gila’ tetapi tidak dihiraukannya. Hisham juga mengambil masa 30 minit untuk memakai kostum berkenaan dan mengakui ia menghiburkan diri sendiri selain menghilangkan penat ketika mencari rezeki.

Si predator ini juga pernah tular pada Ogos lalu dimana videonya memakai kostum Predator sambil menolak motosikalnya yang kehabisan minyak di Jalan Dato Kramat.

Kredit: gulapop

Baca info: Dua Penunggang Motosikal Didenda RM1000 kerana Buka Topeng Minum Air

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply