
Masih tidak mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 3 November lalu, Biden menyifatkan Trump sebagai memalukan.
Trump masih membisu dan masih tinggal di Rumah Putih bahkan mendakwa beliau akan memenangi jawatan itu selepas seminggu selepas pilihan raya presiden.
Bertindak yakin dengan dakwaannya, Trump memfailkan tuntutan undang-undang dengan mendakwa berlaku penipuan undi walaupun disokong dengan bukti yang lemah.
Tindakan itu bagaimanapun tidak mempedulikan tindakan oleh Biden.
Parti Demokrat mengatakan walaupun terdapat percubaan Trump daripada parti Republikan untuk menjejaskan peralihan kuasa, Biden masih lagi merupakan Presiden yang sedang menunggu masa untuk memulakan tugasnya.
Biden juga telah bercakap dengan beberapa pemimpin antarabangsa antaranya ialah Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin.
Majlis angkat sumpah jawatan Biden ialah pada 20 Januari tahun depan.
Sebagai amalan tradisi peralihan kuasa, Trump turut gagal untuk menjemput Biden daripada parti Demokrat untuk berbual dengannya di Pejabat Oval, Rumah Putih.
Empat tahun lalu, Trump memperoleh kemenangan mengejut apabila menewaskan bekas Setiausaha AS, Hillary Clinton dalam pilihan raya Presiden dan mengunjungi Rumah Putih buat pertama kalinya sebagai tetamu kepada Barack Obama daripada parti Demokrat yang ketika itu ialah Presiden AS.
Aktiviti Trump yang hanyalah bermain golf di luar Rumah Putih, Washington D C pada hujung minggu lalu walaupun keputusan pilihan raya tidak berpihak kepadanya.
Kredit: Sinar Harian
Baca info: Predator ‘Berjualan’ Cari Rezeki
Leave a Reply