Warga Emas Tunggu Kematian Dalam Kubur Sendiri

Seorang warga emas dari Wugang di Wilayah Hunan nekad berkurung dalam lubang kubur dan menunggu kematian menjemputnya. (Warga Emas Tunggu Kematian Dalam Kubur Sendiri)

Ini kerana setelah berputus asa untuk hidup disebabkan penyakit limfoma yang dihidapi.

Lubang itu sebelum ini digali pekerja yang diupah untuk melakukan persediaan pengebumiannya nanti.

lelaki berusia 79 tahun itu telah mengupah penggali kubur untuk menggali kuburnya kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk menanggung penyakit tersebut.

Beliau juga sudah melakukan pelbagai rawatan bagi merawat penyakit itu, namun segala usahanya gagal.

Ketika tahap kesihatannya menjadi semakin teruk, lelaki itu mengambil keputusan untuk duduk dalam lubang kubur supaya kematiannya nanti tidak menjadi beban kepada isteri dan anak-anaknya.

Bagaimanapun, beliau telah diangkat keluar daripada lubang tersebut oleh sekumpulan pegawai polis pada Sabtu di wilayah selatan Hunan, China.

Dia dan anak lelakinya kemudian pulang ke kampung halaman mereka serta membuat persediaan termasuk mengupah orang menggali kubur, menurut media tempatan.

Warga Emas Tunggu Kematian Dalam Kubur Sendiri

Ketika mahu memeriksa kubur yang digali itu, lelaki berkenaan didakwa terus memasuki lubang terbabit dan enggan keluar apabila dipujuk anaknya.
Pesara berkenaan memberitahu mahu tinggal di dalam lubang itu kerana tidak mahu lagi menyusahkan isteri dan anaknya.Laporan turut menyebut lelaki itu menyuruh anaknya pulang dan mengambil makanan buatnya manakala dia yang membawa pisau cuba untuk membunuh diri.

Bagaimanapun, warga emas itu sempat diselamatkan apabila penduduk kampung yang melihat kejadian menghubungi pihak berkuasa pada Sabtu lalu.

Menerusi video tular, warga emas itu dibawa naik oleh pasukan keselamatan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.-hmetro

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply