Tiga Ahli Parlimen Lompat Parti Perlu Disiasat SPRM – Pemuda Umno

Tiga Ahli Parlimen Lompat Parti Perlu Disiasat SPRM - Pemuda Umno

Pemuda UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan menyeluruh kepada tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lompat parti baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, budaya lompat parti mencemarkan nama baik kerajaan seolah-olah boleh menerima sesiapa sahaja yang bermasalah.

Baca: Pemimpin Politik Isytihar Harta Pastikan Tak Amal Rasuah

“Kita tidak mahu budaya ini memburukkan nama kerajaan, bagaikan menerima apa sahaja asalkan mendapat sokongan balas dalam undian di Dewan Rakyat.

“SPRM perlu menyiasat tiga individu tersebut iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador yang banyak menceritakan perihal dalaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan kuasa mereka.

Katanya, dakwaan itu amat serius kerana dimaklumkan pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia.

“Ini secara tidak langsung menggugat fungsi sebenar PDRM yang sepatutnya menjaga keamanan negara tetapi dakwaan ini rakyat berasa tidak selamat dan negara akan berhadapan kucar kacir.

“Kami menyokong penuh pendapat Ketua Pemuda kami, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya siasatan segera dilakukan tanpa mengira pangkat dan darjat,” katanya.-SH

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply