Punca Perang Antara Ukraine Dan Rusia

Punca Perang Antara Ukraine Dan Rusia

Punca Perang Antara Ukraine Dan Rusia

Krisis Ukraine-Rusia sejak beberapa minggu lalu sudah tentu menggusarkan dunia, apabila konflik di antara kedua-dua negara itu dikhuatiri berakhir dengan peperangan.

Bagaimanapun, tindakan Kremlin baru-baru ini yang mendakwa menarik balik 100,000 tenteranya dan aset ketenteraan di sempadan Ukraine – yang katanya hanya menjalani latihan biasa – dilihat meredakan sedikit ketegangan.

Baca: Israel Penjenayah Perang Kata Bekas Juruterbang Perang Israel

Namun, pihak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menafikan tentera Rusia berundur, sebaliknya ketegangan di sempadan dikatakan semakin meningkat sehingga terbaru, berlaku serangan ke atas sebuah tadika.

Menurut profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS), Riyadh, Prof Madya Dr Mizan Aslan, punca ketegangan tercetus ialah beberapa tindakan oleh pihak Ukraine.

“Isu paling besar ialah hasrat Ukraine untuk menyertai NATO, yang merupakan satu pakatan pertahanan tentera yang dianggotai negara Eropah dan diketuai Amerika Syarikat (AS).

“Jadi, apabila mereka cuba memperluaskan gabungan NATO itu, sehingga ke wilayah-wilayah yang secara terus berhubung dengan Rusia, terutama sekali bagi negara-negara bekas Kesatuan Soviet, ia telah sampai ke peringkat menggusarkan Russia.

“Rusia sudah habis tempoh kesabarannya dan dia mula bertindak,” jelasnya.-SH

Vladimir Vladimirovich Putin lahir 7 Oktober 1952) ialah seorang ahli politik Rusia yang merupakan Presiden Rusia yang terkini. Beliau sebelumnya pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Rusia di bawah pentadbiran presiden Boris Yeltsin (1999 – 2000) dan Dmitry Medvedev (2008 – 2012).

Putin menjadi pemangku Presiden pada 31 Disember 1999, mengganti tempat Boris Yeltsin yang meletak jawatan, kemudian memenangi pilihan raya presiden 2000. Pada tahun 2004, beliau dipilih semula untuk penggal kedua sehingga 7 Mei 2008. Disebabkan Perlembagaan Rusia tidak membenarkan presiden berkhidmat melebihi dua penggal, Putin menyokong Dmitry Medvedev pada pilihan raya 2008. Medvedev kemudian mencalonkan Putin sebagai Perdana Menteri. Pada 2012, mereka bersetuju Putin patut bertanding semula sebagai presiden, yang kemudian dimenanginya pada pusingan pertama. Putin kemudiannya memenangi semula pilihan raya pada tahun 2018.

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply