Polis Gemuk Diberi Pilihan Diet Atau Bersara

Polis Gemuk Diberi Pilihan Diet Atau Bersara

Polis Gemuk Diberi Pilihan Diet Atau Bersara

Pasukan polis di Assam, timur laut India meminta pegawai yang mempunyai berat badan berlebihan untuk menurunkan berat badan atau bersara bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan keselamatan itu.

Menjadi perkara biasa melihat anggota polis India bergelut dengan masalah berat badan dan pasukan polis Assam bukanlah yang pertama mengamalkan disiplin diet dan kecergasan fizikal dalam barisannya.

Baca: Sarjan Ditembak Di Belakang Balai Polis

Arab News melaporkan, pada 2018, polis di Karnataka memberi kakitangan pilihan untuk menurunkan berat badan atau menghadapi penggantungan perkhidmatan, memberikan mereka kelas sukan dan bantuan pemakanan.

Pada 2020, mahkamah di Punjab melarang polis yang berlebihan berat badan daripada melakukan serbuan ke atas pencuri dan pengedar dadah kerana mereka gagal berlari dengan cukup pantas untuk bertugas di barisan hadapan.

Pada 2022, polis di wilayah pulau Andaman dan Nicobar di India merancang program penurunan berat badan untuk pegawai yang paling berat.

Untuk menjayakan misi kecergasan mereka, polis Assam memberikan tarikh akhir khusus kepada polis.

Ketua Polis Negeri GP Singh awal minggu ini mengumumkan indeks jisim badan semua pegawai akan “dirakam secara profesional” bermula Ogos.

Mereka yang berat badannya berkaitan dengan keadaan perubatan akan dikecualikan.

Seramai 60,000 polis ‘gemuk’ akan diberi masa tiga bulan untuk kurus atau bersara secara sukarela.

“Ideanya adalah untuk menjadikan polis lebih cergas.

“Orang ramai mempunyai keyakinan yang lebih tinggi apabila mereka melihat pasukan polis yang lebih cergas,” katanya.

Tetapi isu itu melangkaui kepercayaan orang ramai kerana kecergasan fizikal juga diperlukan untuk pegawai dapat melaksanakan tugas mereka.

“Orang yang cergas tidak akan menghadapi masalah berjalan dan mereka boleh berada di jalanan tanpa sebarang masalah,” kata Singh.

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply