Kenapa Isteri Tidak Wariskan Wang KWSP Kepada Suami?

Ramai lelaki menamakan isteri sebagai pewaris utama duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagaimanapun, tidak ramai golongan isteri yang melakukan perkara yang serupa terhadap suami masing-masing.

Ternyata kebanyakan isteri tidak menamakan suami sebagai pewaris sebaliknya wang tersebut diberikan kepada anak-anak mereka.

Ini kerana, jika isteri meninggal dunia terlebih dahulu, bimbang nanti suami akan hidup bahagia bersama wang tersebut bersama isteri yang baru.

Bagaimanapun keputusan untuk tidak menamakan suami sebagai pewaris itu adalah hak isteri.

Hendak wasiat kepada sesiapa itu terpulang kepada empunya diri tetapi jangan sampai tidak namakan langsung sehingga menyusahkan ahli keluarga jika berlaku kematian.

Baca: Wang KWSP Suami Yang Meninggal Bukan Hak Mutlak Isteri Atau Penama Berdaftar

Ini kerana berdasarkan satu laporan yang disiarkan pada 10 Mac lalu, sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 peratus yang membuat penamaan akaun mereka.

Menurut kenyataan daripada KWSP, dua senario terpakai untuk ahli beragama Islam, iaitu jika menamakan individu, penama bukan penerima mutlak, tetapi bertindak sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan si mati kepada waris yang berhak mengikut undang-undang Islam.

Jika akaun memang langsung tiada penama, waris terdekat atau pentadbir pusaka ahli layak membuat permohonan mengeluarkan simpanan ahli.

Bagaimanapun pesan KWSP, jika ahli mahu membuat penama, letakkanlah nama waris yang benar-benar layak.

Sekarang urusan berkaitan dengan KWSP tidaklah sesukar seperti dahulu, banyak urusan boleh dibuat secara dalam talian sahaja.

Ramai yang suka mengambil sikap suka bertangguh dan membuat sesuatu pada saat akhir tetapi dalam isu ini sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna lagi.-SH

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply