Pemimpin BN Terkejut Najib Sokong Anwar

Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilaporkan terkejut dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat pemimpin parti itu di sini hari ini.

Cadangan yang dibawa Ahli Parlimen Pekan itu tidak diterima oleh sebahagian besar ahli-ahli Parlimen lain.

Najib mencadangkan perkara itu dengan alasan kerajaan hari ini memerlukan keseimbangan dalam jawatan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berpegang teguh dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti berkenaan untuk tidak bekerjasama dengan ketua pembangkang itu dan DAP.

Mesyuarat antara pemimpin BN itu berlangsung di Menara Dato Onn bagi membincangkan persiapan persidangan Dewan Rakyat awal bulan depan.

Mesyuarat itu juga adalah bagi memberi ruang kepada pemimpin parti itu membincangkan hala tuju selepas cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengisyharkan darurat ditolak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Sumber & Kredit: Utusan Malaysia

Info menarik: Khabib Bawa Pulang Lebih RM25 Juta

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply