Lelaki Ini Komen Ugut Bunuh Diri Jika Pengeluaran KWSP RM10K Tidak Lulus

Menjadi tular satu komen dari seorang netizan yang mahu mengugut bunuh diri jika permohonan untuk pengeluaran KWSP RM10K beliau tidak diluluskan oleh kerajaan.

Tidak pasti sama ada beliau hanyalah bergurau atau serius mahu melakukan perkara tersebut.

Bagaimanapun, komen itu mendapat ramai balasan ramai warga maya salah satunya Exco Pemuda Umno di kenali sebagaib Sir Azri aka Papagomo.

Baca: Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Dipercayai Bunuh Diri Di Tepi Sungai Petagas

“Bawak mengucap Bro, kalau kita rasa susah ada lagi yang lebih susah dari kita. Tidak ada kesusahan yang tidak dapat diselesaikan. Yakin pada Allah SWT kerana dunia ini hanya sementara manakala akhirat adalah yang abadi.

” Mohon kerajaan dengar keluh kesah Rakyat dan jangan abaikan permintaan dari Rakyat yang hari ini bergelut dengan masaalah perut dan poket.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan perincian dan kemudahan i-Sinar yang akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan melibatkan anggaran dana berjumlah RM14 bilion. – geng dedah

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply