Kes Cacar Monyet Pertama Lelaki Asal Malaysia Di Singapura

Singapura: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan kes jangkitan tempatan pertama cacar monyet di negara berkenaan.

Pesakit adalah lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang menetap di Singapura.

MOH berkata, lelaki terbabit disahkan positif cacar monyet selepas menjalani saringan pada Rabu.

“Pesakit kini sedang menerima rawatan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan dilaporkan stabil,” menurut kenyataan pada Rabu.

Lelaki itu juga tidak mempunyai kaitan dengan kes import yang diumumkan MOH pada 21 Jun lalu.

Baca: Kes Pertama Cacar Monyet Dikesan Di Finland

Lelaki itu mula mengalami masalah kulit bahagian bawah perut pada 30 Jun dan kemudiannya berasa letih, selain bengkak kelenjar pada 2 Julai.

Dia kemudian demam dan sakit tekak pada 4 Julai sebelum mendapatkan rawatan perubatan untuk ujian awal yang berkaitan dengan penyakit lain.

“Ujian berkaitan kemudiannya negatif dan dia diasingkan di NCID pada 6 Julai untuk penilaian lanjut,” katanya.

Cacar monyet adalah penyakit virus yang disebabkan oleh jangkitan virus lazimnya pesakit akan pulih dalam tempoh dua hingga empat minggu.

Kes Cacar Monyet Pertama Lelaki Asal Malaysia Di Singapura

Singapura: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan kes jangkitan tempatan pertama cacar monyet di negara berkenaan.

Pesakit adalah lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang menetap di Singapura.

MOH berkata, lelaki terbabit disahkan positif cacar monyet selepas menjalani saringan pada Rabu.

“Pesakit kini sedang menerima rawatan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan dilaporkan stabil,” menurut kenyataan pada Rabu.

Lelaki itu juga tidak mempunyai kaitan dengan kes import yang diumumkan MOH pada 21 Jun lalu.

Lelaki itu mula mengalami masalah kulit bahagian bawah perut pada 30 Jun dan kemudiannya berasa letih, selain bengkak kelenjar pada 2 Julai.

Dia kemudian demam dan sakit tekak pada 4 Julai sebelum mendapatkan rawatan perubatan untuk ujian awal yang berkaitan dengan penyakit lain.

“Ujian berkaitan kemudiannya negatif dan dia diasingkan di NCID pada 6 Julai untuk penilaian lanjut,” katanya.

Cacar monyet adalah penyakit virus yang disebabkan oleh jangkitan virus lazimnya pesakit akan pulih dalam tempoh dua hingga empat minggu.-hmetro

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply