Kentut Lembu Sumbang 14 Peratus Pemanasan Global

Kentut Lembu Sumbang 14 Peratus Pemanasan Global

Kentut Lembu Sumbang 14 Peratus Pemanasan Global

Edinburgh: Sekumpulan saintis di Scotland sedang membuat kajian bagi memelihara lembu kurang kentut bertujuan mengurangkan pencemaran udara akibat pengeluaran gas metana.

Akhbar The Sun melaporkan, haiwan seperti lembu, biri-biri dan kambing menghasilkan gas metana menerusi kentut dan sendawa yang menyumbang kepada 14 peratus pemanasan global.

Kawanan lembu yang mesra alam dipercayai akan menghasilkan gas metana lebih rendah sekali gus menurunkan kadar kerosakan pada alam sekitar.

Baca: Fakta Kesihatan: Apa itu Kentut Faraj dan Puncanya?

Menurut kajian, setiap hari seekor lembu dapat menghasilkan 160 liter hingga 320 liter gas yang mempunyai 28 kali potensi pemanasan global karbon dioksida atau CO2.

Saintis-saintis masih mencari lembu-lembu yang menghasilkan gas metana paling sedikit dan akan membiakkannya menjadi kawanan terkawal.

Kentut Lembu Sumbang 14 Peratus Pemanasan Global

Pakar-pakar juga sedang menguji beberapa jenis makanan untuk haiwan ini supaya bebas kentut.

Wakil Persatuan Pemelihara Lembu Aberdeen, Barrie Turner berkata, usaha mengenainya sudah dilakukan sejak 2015 lagi.

“Pihak kami sedar bahawa lembu menghasilkan kentut yang memberi impak negatif pada alam sekitar.

“Kami sedang membina profil genom untuk memilih lembu yang paling mesra karbon yang akan menghasilkan perbezaan dalam jangka masa panjang,” katanya.-hmetro

Lembu

Lembu merupakan sejenis mamalia ungulat yang umum sekali dan diternak sebagai haiwan bela jinak. Ia merupakan anggota moden yang utama dalam subfamili Bovinae, dan spesies yang mempunyai bilangan paling banyak dalam genus Bos, dan biasanya dikelaskan sebagai spesis Taurus.

Lembu dipelihara sebagai binatang ternakan untuk daging, susu dan hasil tenusu, dan sebagai kenderaan (lembu kasi untuk menarik kereta, bajak dan alat-alat sebagainya). Produk lembu yang lain termasuklah kulit dan tahi untuk baja asli atau bahan api. Di sesetengah negara seperti India, lembu membawa erti keagamaan yang penting.-wikipedia

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply