Gadis 15 Tahun Hamil Dibunuh Kejam Teman Lelaki

Gadis Hamil 15 Tahun Dibunuh Kejam Teman Lelaki

Gadis 15 Tahun Hamil Dibunuh Kejam Teman Lelaki

Buenos Aires: Seorang remaja di Argentina dibunuh teman lelakinya selepas memaklumkan kehamilan anak mereka.

Kematian pelajar, Lucia Fernandez, 15, dipercayai mati akibat kepalanya dihentam beberapa kali dengan batu selain lebih 12 tikaman pada leher dan perut.

Media tempatan, TN melaporkan rakan sekelasnya berusia 14 tahun dipercayai membunuh Lucia pada Selasa di Mendoza selepas dia memberitahu hamil anak remaja lelaki itu.

Baca: Remaja Maut Tahan Lori Pasir Secara Tiba-Tiba, Rakan Rakam Video

Bapa Lucia, Fabian Fernandez kesal dengan insiden berdarah itu yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Dia bunuh anak saya macam anjing, tikam dia banyak kali dan pukul muka sampai hancur,” katanya dalam portal Daily Star.

Sebelum kejadian, suspek didakwa mengajak mangsa bertemu di sebuah rumah terbiar sebelum dia dibunuh kejam dengan tikaman antara 10 dan 15 kali.

Gadis 15 Tahun Hamil Dibunuh Kejam Teman Lelaki

Remaja itu dilaporkan meninggalkan mayat Lucia di rumah berkenaan dan melarikan diri.

Lucia ditemui jirannya 20 minit selepas insiden itu namun remaja itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Bedah siasat mendapati Lucia mengalami pelbagai kecederaan akibat dipukul dan ditikam di seluruh badan namun kematiannya berpunca daripada luka akibat tikaman yang dalam pada perut.

Pembunuh Lucia ditemui selepas saksi memaklumkan polis melihat rakan sekelas remaja itu berhampiran rumah terbiar berkenaan pada waktu insiden berlaku.

Polis menahan remaja itu yang mengaku melakukan pembunuhan itu selepas Lucia memberitahu dia hamil anaknya.-hmetro

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply