Dua Pemancing Terkejut Temui Mayat Lelaki Terapung

Dua pemancing terkejut sebaik menemukan mayat lelaki dalam keadaan terapung semasa memancing di tepi Sungai Moyog, berdekatan Kampung Tuavon, Penampang di sini. Dua Pemancing Terkejut Temui Mayat Lelaki Terapung

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang sebelum mereka melaporkan kejadian kepada pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati dua sekeluarga itu pada mulanya ingin memancing berhampiran jambatan gantung sebelum melihat objek terapung yang kelihatan seperti manusia.

“Kedua-dua individu terbabit kemudiannya menariknya ke tepi sungai dengan menggunakan tali pancing sebelum terkejut apabila mendapati benda yang hanyut berkenaan adalah mayat manusia dalam keadaan tertiarap,” katanya.

Baca: Mayat Lelaki dikerumuni Anjing dipercayai dilanggar Kereta Api di Beaufort

Haris berkata pemancing itu kemudiannya memanggil seorang lagi saudara mereka untuk membantu menghubungi polis untuk melaporkan penemuan berkenaan.

“Siasatan di lokasi mendapati mangsa adalah lelaki berpakaian baju-T lengan panjang dan berseluar hitam dan dianggarkan berumur 30-an.

“Setakat ini identiti mangsa belum dikenalpasti berikutan tiada sebarang dokumen ditemukan pada badan mangsa dan mayat berkenaan dipercayai mati lemas berdasarkan tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat terbabit,” katanya.

Dua Pemancing Terkejut Temui Mayat Lelaki Terapung

Tambahnya buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan masih diteruskan.

Beliau juga memohon agar mana-mana masyarakat yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke Balai Polis Penampang atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.-UB

About admin 1198 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply