Akaun Papar RM4.9 Trilion, Lelaki Ini Terkejut Sehingga Terjatuh Dari Katil

Akaun Papar RM4.9 Trilion, Lelaki Ini Terkejut Sehingga Terjatuh Dari Katil

Akaun Papar RM4.9 Trilion, Lelaki Ini Terkejut Sehingga Terjatuh Dari Katil

Impian seorang lelaki dari negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) untuk bergelar trilionair sekali gus manusia paling kaya di Bumi lebur apabila nilai sejumlah matawang kripto miliknya yang disangka melonjak kepada AS$1.18 trilion (RM4.9 trilion), rupanya kesilapan teknikal.

Menurut akhbar Daily Star, Christopher Williamson, pada asalnya membuat pelaburan bernilai AS$20 (RM83.30) melibatkan mata wang kripto bernama Rocket Bunny.

Baca: Pengasas Tik Tok Nombor 7 Paling Kaya Di China, Miliki RM142.95 Bilion

Menurutnya, dia terkejut sebaik mendapati nilai pelaburannya tiba-tiba meningkat kepada AS$1.18 trilion (RM4.90 trilion).

“Saya melihat kembali ke arah skrin dan amat terkejut sehingga terjatuh dari katil.

“Saya kemudiannya membuka platform Coinbase sambil menghubungi kawan saya untuk meminta bantuannya mengenai cara-cara untuk menjual nilai tersebut,” ujarnya.

Tambah Williamson, dia kemudiannya bertanyakan mengenai perkara itu di Twitter dan dalam masa sama, nilai pelaburan itu pada skrinnya semakin meningkat.

“Saya perlukan seseorang untuk menjelaskan tentang apa sebenarnya yang terjadi, dan saya akan membayar anda.

“Saya dapat membayangkan sebuah kapal persiaran mega berbentuk seperti penguin sedang menanti,” katanya.

Keterujaan lelaki itu bagaimanapun terhenti apabila Coinbase membalas soalannya dengan memaklumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal pada paparan nilai tersebut.

“Maaf. Kapal persiaran penguin terpaksa menanti seketika. Pasukan kami sedia maklum mengenai kesilapan pada paparan nilai tersebut yang telah menyebabkan angan-angan ini muncul,” jawab Coinbase.

Sehingga kini, tiada satu pun individu di dunia yang bergelar trilionair.

Lelaki terkaya di dunia, yang merupakan pengasas Amazon, Jeff Bezos, memiliki nilai kekayaan bernilai AS$200.50 bilion (RM835.30 bilion).-kosmo!

About admin 1202 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply