Selepas 40 Tahun Bayi Hilang Disahkan Selamat

Selepas 40 Tahun Bayi Hilang Disahkan Selamat

Selepas 40 Tahun Bayi Hilang Disahkan Selamat

Texas: Seorang wanita yang hilang ketika bayi apabila ibu bapanya dibunuh di Texas, Amerika Syarikat pada 1980 ditemukan masih hidup selepas lebih 40 tahun tragedi itu berlaku.

Wanita yang dikenali sebagai Baby Holly itu hilang selepas ibu bapanya, Tina Gail Linn Clouse dan Harold Dean Clouse Jr ditemukan terbunuh di kawasan hutan di Houston.

Menurut pegawai, wanita berusia 42 tahun yang masih dipanggil Holly dikenal pasti menggunakan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), sebelum disatukan semula dengan keluarganya.

Baca: Budak Hilang Pada 2019 Ditemui Di Bawah Tangga

Penyiasat menemui Holly yang menjadi anak angkat suami isteri di tempat kerjanya awal minggu ini.

Dia diberitahu identitinya sebelum beberapa jam bertemu dengan nenek kandungnya serta ibu dan bapa saudaranya menerusi Zoom.

Nenek kandung Holly, Donna Casasanta berkata, dia terharu mengetahui cucunya masih hidup dan tinggal di Oklahoma.

“Saya berdoa selama lebih 40 tahun untuk sebuah jawapan dan Tuhan mendedahkan sebahagian daripadanya… kami menemui Holly,” katanya kepada The Independent.

Penemuan Holly diumumkan Pejabat Peguam Negara Texas, Khamis lalu.

Peguam negara, Ken Paxton berkata, dia penemuan Holly satu kejayaan hasil kerja keras pasukannya.

“Saya amat berbangga dengan kerja luar biasa yang dilakukan Unit Orang Hilang dan Kes Beku yang baru ditubuhkan di pejabat saya.

“Pejabat saya dengan tekun bekerja keras merentasi negeri untuk membongkar misteri kehilangan Holly.

“Kami berjaya dalam usaha mencari dia dan menyatukan dia dengan keluarga kandungnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada penjelasan mengenai sebab Holly terselamat atau bagaimana dia diambil menjadi anak angkat kepada satu pasangan lain.

Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Dieksploitasi dan Hilang menzahirkan penghargaan kepada penguat kuasa undang-undang atas usaha mereka dalam menyelesaikan misteri identiti Holly.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply