Bulan Madu Tapi Langgan Pelacur, Lelaki Ini Terperangkap
New York: Ditangkap bersama pelacur sedangkan masih dalam waktu bergembira menikmati bulan madu dengan isteri baru dikahwini.
Itu kejadian memalukan kepada seorang lelaki dari Florida, Paul Turovsky, 34, selepas bertindak meninggalkan pasangan pengantin barunya sebaik menjawab iklan untuk langganan pelacur.
Baca: Aktiviti Pelacuran Semakin Rancak Di Hotel Bajet
New York Post melaporkan meninggalkan isterinya tidur di bilik hotel mereka berseorangan di Tampa dan keluar untuk bertemu seorang pelacur yang diperkenalkan menerusi internet, kata pihak berkuasa.
Syerif Daerah Hillsborough Chad Chronister berkata, apabila ahli perniagaan yang bekerja sendiri itu tiba di Hotel Hyatt, dia terus digari selepas terperangkap dalam operasi polis tempatan untuk membanteras penyeludupan pekerja seks.
“Turovsky adalah seorang daripada 176 lelaki yang ditahan dalam operasi dilaksanakan polis untuk membanteras kegiatan pelacuran.
“Satu-satunya persoalan di sini ialah sebagai tetamu yang juga pengantin baharu di hotel penginapan, adakah sudah terlambat untuknya mendapatkan hadiah perkahwinan atau musibah yang dia dapat,” katanya.-hmetro
Leave a Reply