Vaksin Covid-19 Ke-10 Buatan Novavax Diluluskan WHO

Vaksin Covid-19 Ke-10 Buatan Novavax Diluluskan WHO

Vaksin Covid-19 Ke-10 Buatan Novavax Diluluskan WHO

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada Selasa, meluluskan vaksin Covid -19 buatan farmasi gergasi Amerika Syarikat (AS), Novavax untuk kegunaan kecemasan, selepas pengawal selia ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) memberi ‘lampu hijau’.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menilai dan meluluskan vaksin bernama Nuvaxovid itu, pada hari Isnin.

Nuvaxovid dihasilkan daripada teknologi lebih konvensional dan pegawai di Brussels berharap membantu memujuk mereka yang teragak-agak mengambil vaksin untuk tampil ke hadapan.

Baca: Nenek Belum Vaksin Sedar Dari Koma Akibat Covid-19

Suntikannya menggunakan teknologi tradisional membabitkan protein terdapat pada spike protein (protein pepaku) yang boleh mencetuskan tindak balas imun.

Ia adalah pendekatan yang dicuba dan diuji, digunakan selama beberapa dekad untuk memvaksin penghidap penyakit termasuk hepatitis B dan batuk kokol.

Penyenaraian penggunaan kecemasan (EUL) oleh WHO membuka jalan kepada negara di seluruh dunia untuk meluluskan dan mengimport vaksin dengan cepat untuk diedarkan.

Ia juga membuka pintu kepada mereka untuk memasuki skim perkongsian

Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) yang ditubuhkan untuk menyediakan akses saksama kepada dos di seluruh dunia khususnya di negara lebih miskin.

Dalam dokumen berasingan, Kumpulan Pakar Imunisasi Strategik Penasihat WHO mengesyorkan vaksin baharu itu digunakan untuk individu berumur 18 tahun ke atas, dengan selang tiga hingga empat minggu antara dua dos.-hmetro

About admin 775 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply