Tidak Putus Asa, Wanita Ini Kahwin Berkali-Kali Sehingga 11 Kali
Washington: Tidak pernah berputus asa dalam mencari teman hidup sejati, seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa sudah berkahwin 11 kali dengan sembilan lelaki berbeza.
Portal Mirror melaporkan Monette menceritakan pengalaman hidupnya dan pertama kali mengikat tali pertunangan selepas beberapa hari meninggalkan bangku persekolahan.
Baca: Kanak-kanak 12 Tahun Berkahwin, Ibu Dakwa Bapa Culik Anak
Dia mengenali lelaki pertamanya di sekolah menengah dan berkahwin dengannya dua bulan selepas memberitahu kakaknya dia sudah menemui lelaki sejati dalam hidupnya.
Namun jodoh sebagai pasangan muda tidak panjang membawa Monette, yang kini berusia 52 tahun untuk meminang seorang lelaki yang sentiasa berseronok dengannya.
Malangnya rumah tangga itu juga runtuh walaupun mereka mencubanya sekali lagi sejurus selepas berpisah secara rasmi.
Masalah yang sama menyelinap ke dalam perkahwinan mereka sekali lagi, menyebabkan Monette menyarungkan cincin pada lelaki lain.
Bagaimanapun, walaupun dia menyayangi anak-anaknya, lelaki berkenaan terbukti bukan pasangan sejati untuknya.
“Nombor lima mungkin salah satu cinta dalam hidup saya,” katanya pada TLC’s Addicted to Marriage.
“Suami nombor enam pula kelihatan begitu baik dan saya berkahwin dengannya dan selepas berpisah, kami berkahwin sekali lagi,” katanya.
Walaupun sesetengah orang mungkin sudah menutup rancangan perkahwinan mereka selepas angka ketujuh, Monette masih tidak berputus asa.
“Saya menemui lelaki nombor lapan menerusi dalam talian dan seminggu kemudian kami memandu ke Las Vegas dan berkahwin.
“Nombor sembilan adalah lelaki yang sangat berkarisma dan jenis lelaki yang anda tidak sepatutnya tertarik.
“Nombor 10 saya adalah rakan sekolah rendah, dia seorang yang sangat baik tetapi kami sepatutnya kekal sebagai kawan,” katanya.-hmetro
Leave a Reply