Sri Lanka Bayar Hutang Minyak Kepada Iran Guna Teh

Sri Lanka Bayar Hutang Minyak Kepada Iran Guna Teh

Sri Lanka Bayar Hutang Minyak Kepada Iran Guna Teh

Tehran: Iran bersetuju untuk menerima teh sebagai bayaran kepada hutang minyak oleh Sri Lanka yang bernilai AS$251 juta (kira-kira RM1 bilion), lapor media negara itu pada Khamis.

“Dalam rundingan baru-baru ini, kami menerima perjanjian bertulis untuk Iran menerima bayaran hutang dan faedah dalam bentuk penghantaran bulanan teh yang dihasilkan di Sri Lanka,” kata Ketua Organisasi Penggalakan Perdagangan Iran.

Baca: Kerajaan Tanggung Hutang, Liabiliti RM1.257 Trilion

Alireza Peyman-Pak dilapor berkata, persetujuan itu dicapai pada Selasa dan Sri Lanka akan mengeskport teh ke Iran setiap bulan, sehingga hutang berkenaan selesai.

Hutang berkenaan berkaitan pembekalan minyak dari Iran ke Sri Lanka, sembilan tahun lalu.

Pada 2016, penggunaan teh Sri Lanka digunakan sebahagian daripada rakyat Iran, namun ia semakin menurun beberapa tahun kebelakangan ini.

Baca: Wanita Bakar Kilang Rugi RM5.07 Juta Kerana Tidak Puas Hati

Perjanjian pertukaran barter itu akan membolehkan Iran yang berdepan pelbagai sekatan untuk mengelak daripada menggunakan mata wang terhad untuk membayar import bahan mentah ruji yang digunakan secara meluas di negara itu, kata Peyman-Pak.

“Iran dan Sri Lanka mempunyai potensi perdagangan yang sangat baik,” katanya sambil menambah jumlah eksport bukan minyak Iran ke negara itu bernilai AS$100 juta (kira-kira RM419 juta) setahun.-hmetro

Baca juga: Video Minum Racun, Pasangan Tidak Puas Hati Dengan Kerajaan Ditahan

About admin 1191 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply