Ralf Anggap Ronaldo Terlalu Tua 6 Tahun Lalu, Terima Hakikat

Ralf Anggap Ronaldo Terlalu Tua 6 Tahun Lalu, Terima Hakikat

Ralf Anggap Ronaldo Terlalu Tua 6 Tahun Lalu, Terima Hakikat

London: Ralf Rangnick berpendapat Cristiano Ronaldo terlalu tua untuk ditandatangani ketika bintang Portugal itu hanya berusia 30 tahun tetapi pengurus baharu sementara Manchester United itu terpaksa menerima hakikat Ronaldo yang sudah berusia 36 tahun kini dibawah kendaliannya di Old Trafford.

Jurulatih dari Jerman itu dipilih mengendalikan United untuk baki musim 2021/22 Liga Perdana selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat minggu lalu sekali gus pemain berjersi No 7 itu boleh menimbulkan masalah kepadanya di bilik persalinan.

Baca: Kasut Terpakai Michael Jordan Dilelong RM6.23 Juta

Pada 2016, ketika Rangnick, 63, masih di RB Leipzig, dia ditanya sama ada mahu mendapatkan Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi jika berpeluang.

“Sudah tentu tidak,” tegas Rangnick. “Kami mempunyai kadar gaji ditetapkan dan mereka pula terlalu tua.”

Jawapannya selepas itu paling menarik. Menurut Rangnick, pemain yang terlalu tua pada usia 30 tahun seperti Ronaldo ketika itu tidak sesuai dengan sistemnya.

“Kami mempunyai falsafah sendiri dan mereka tidak akan dapat menyesuaikan dengan keadaan,” kata Rangnick.

Rangnick dikenali dengan kaedah tekanan berterusan dan timbul persoalan bagaimana Ronaldo boleh bertahan dibawah kendaliannya.

Jadon Sancho, Mason Greenwood, Marcus Rashhford dan penyerang lain dijangka tiada masalah dengan sistem Rangnick tetapi Ronaldo berdepan tugas berat bagi membuktikan umur bukan penghalang baginya untuk terus menyinar dalam semua situasi.-hmetro

About admin 980 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply