Kanak-kanak 12 Tahun Berkahwin, Ibu Dakwa Bapa Culik Anak

Kanak-kanak 12 Tahun Berkahwin, Ibu Dakwa Bapa Culik Anak

Kanak-kanak 12 Tahun Berkahwin, Ibu Dakwa Bapa Culik Anak

Mahkamah Iraq semalam menangguhkan perbicaraan sama ada untuk mengesahkan perkahwinan seorang lelaki dengan kanak-kanak berusia 12 tahun.

Bercakap kepada AFP, peguam, Marwan Obeidi yang mewakili ibu kanak-kanak itu berkata, perbicaraan itu akan ditangguhkan sehingga 28 November ini.

Menurut sebuah badan amal, Save The Children, had umur sah untuk berkahwin di Iraq ialah 18 tahun namun ia boleh diturunkan kepada 15 tahun dalam kes persetujuan ibu bapa atau kehakiman.

Baca: Perkahwinan Bawah Umur Meningkat Di Jordan Sebanyak 12 Peratus

“Perkahwinan agama tidak dibenarkan di luar mahkamah sivil atau mahkamah syariah namun perkahwinan ini masih kerap berlaku dan boleh disahkan dengan denda yang rendah,” katanya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang enggan dikenali berkata, anak perempuannya sudah ‘dirogol’ dan mendakwa bapa kepada gadis itu sudah menculik kanak-kanak berkenaan.

Namun, Kementerian Dalam Negeri yang menangani kes keganasan wanita dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bertemu dengan kanak-kanak itu, bapa dan suami kepada budak berkenaan.

Katanya, mereka sudah melihat perjanjian perkahwinan dan kanak-kanak itu menyatakan bahawa dia tidak dipaksa untuk berkahwin.

Perkahwinan kanak-kanak bukanlah perkara luar biasa di kawasan konservatif dan luar bandar Iraq serta di negara Arab lain.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia membantah di luar mahkamah Baghdad dengan memegang sepanduk seperti ‘perkahwinan kanak-kanak bawah umur adalah jenayah terhadap zaman kanak-kanak.’-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply