Lelaki Disiasat Bunuh Isteri Dua Hari Selepas Beli Insuran RM1.04 Juta

Lelaki Disiasat Bunuh Isteri Dua Hari Selepas Beli Insuran RM1.04 Juta

Lelaki Disiasat Bunuh Isteri Dua Hari Selepas Beli Insuran RM1.04 Juta

Washington: Akibat inginkan pampasan insurans, seorang suami dituduh membunuh isterinya untuk pembayaran insurans hayat AS$250,000 (kira-kira RM1.04 juta).

Mangsa, Yuan Hua Liang ditemui mati di rumah bersama Christopher Collins, 41, yang berusaha keras meyakinkan penyiasat bahawa wanita itu dibunuh oleh penceroboh, lapor Daily Star.

Hanya dua hari sebelumnya, pasangan dari Cypress di Texas, Amerika Syarikat itu menandatangani polisi insurans hayat, menurut dokumen mahkamah.

Baca: Peguam Rancang Bunuh Isteri, Anak Sebelum Tuntut Insuran RM41 juta

Pendakwa raya berkata, Yuan yang berusia 41 tahun terbunuh dengan satu tembakan di kepala, lapor Mirror.

Pihak berkuasa percaya Collins menggunakan senjata api kaliber .22 atau .25 yang kemudian ditemukan dengan kelongsong .22 milimeter di dalam poketnya.

Pendakwa berkata, seorang jiran melaporkan mendengar pertengkaran pada hari yang sama mayat Liang ditemukan oleh pihak berkuasa.

Laporan polis menyatakan Collins menghubungi Timbalan Syerif Harris County untuk menyemak faedah kebajikan ke atas isterinya.

Collins menghubungi talian bukan kecemasan pada kira-kira jam 3.15 petang dan memaklumkan isterinya menghantar mesej kepadanya mengenai kehadiran penceroboh di rumah mereka semasa dia berada di gimnasium.

“Pengadu memberitahu dia terputus hubungan dengan isterinya, sejurus selepas dia melaporkan seorang lelaki yang mencurigakan berhampiran kediaman mereka.

“Penyiasat memasuki kediaman bersama suami dan mereka mendapati isteri lelaki itu sudah meninggal dunia, di dalam rumah,” kata polis.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa Collins berhenti seketika di depan pintu, menjatuhkan begnya dan berlari ke ruang tamu di mana Liang ditemui terbaring di atas lantai dengan darah kelihatan pada bajunya dan beg menutupi kepalanya.

“Tiada tanda kemasukan secara paksa ke dalam rumah dari dalam. Pegawai mendapati pintu belakang tidak berkunci, dan empat anjing berada di belakang rumah,” kata seorang pendakwa dalam kes itu.

Susulan, Collins ditahan dengan bon AS$150,000 (RM625,169) dan dijangka hadir pada perbicaraan pertamanya di mahkamah pada Isnin depan.-hmetro

About admin 1185 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply