Pekerja Tertidur Dalam Kargo Pesawat Sehingga Ke Abu Dhabi

Pekerja Tertidur Dalam Kargo Pesawat Sehingga Ke Abu Dhabi

Pekerja Tertidur Dalam Kargo Pesawat Sehingga Ke Abu Dhabi

New Delhi: Akibat keletihan, seorang pekerja kargo IndiGo yang sedang memunggah barangan ke ruangan penyimpan pesawat tertidur.

Lelaki itu ditugaskan memasukkan bagasi untuk penerbangan dari Lapangan Terbang Mumbai ke Abu Dhabi, pada 12 Disember lalu.

Namun, petugas itu dipercayai tertidur di dalam ruangan kargo pesawat berkenaan dan ditemukan selamat apabila pesawat tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Baca: Pesawat Mendarat Cemas, Sakit Perut, Taktik Pendatang Haram

Dia kemudian dihantar pulang ke negara asal.

India Today melaporkan, Pengarah Besar Penerbangan Awam (DGCA), Arun Kumar berkata, pihaknya mengarahkan siasatan ke atas insiden berkenaan.

“Pesawat IndiGo A320 dijadualkan memulakan penerbangan dari Mumbai Ke Abu Dhabi, pada Ahad lalu.

“Selepas memasukkan bagasi dalam pesawat, seorang pekerja yang menaiki pesawat berehat di ruang bagasi satu dan tertidur di belakang bagasi.

“Pintu kargo ditutup selepas seorang petugas menghitung jumlah bilangan pekerja,” katanya.

Katanya, pekerja terbabit terjaga ketika pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Mumbai.

“Dia dikesan di Abu Dhabi dan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi.

“Hasil pemeriksaan mendapati keadaan fizikalnya stabil dan normal.

“Selepas mendapat kebenaran diperlukan daripada pihak berkuasa tempatan di Abu Dhabi, dia dihantar semula sebagai penumpang ke Mumbai dengan satu penerbangan lain,” katanya.

Sementara itu, IndiGo berkata, mereka mengambil maklum kejadian itu dan perkara itu sedang dalam siasatan.-hmetro

About admin 775 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply