Lonjakan Jangkitan Omicron Di AS, 4,500 Penerbangan Dibatalkan

Lonjakan Jangkitan Omicron Di AS, 4,500 Penerbangan Dibatalkan

Lonjakan Jangkitan Omicron Di AS, 4,500 Penerbangan Dibatalkan

New York: Lebih 4,500 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia, semalam, dengan ribuan lagi ditangguhkan susulan lonjakan penularan Covid-19 yang dipacu varian Omicron, sehingga menjejaskan perjalanan sempena musim percutian ketika ini.

Berdasarkan maklumat laman web Flightaware.com, sejumlah sekurang-kurangnya 2,000 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia hari ini, termasuk sekitar 700 penerbangan dari atau menuju ke lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS), manakala lebih 1,500 lagi ditangguhkan.

Pada Jumaat, sebanyak 2,400 penerbangan dibatalkan dan hampir 11,000 ditangguhkan.

Ramai juruterbang, kru penerbangan dan kakitangan lain dilaporkan tidak sihat atau terpaksa menjalani kuarantin selepas terdedah kepada Covid-19 menyebabkan banyak syarikat penerbangan, termasuk Lufthansa, Delta dan United Airlines, terpaksa membatalkan penerbangan dalam tempoh kemuncak perjalanan ketika ini.

Menurut Flightaware, United Airlines membatalkan lebih 200 penerbangan atau 10 peratus daripada yang dijadualkan, semalam.

United Airlines dalam satu kenyataan menjelaskan, lonjakan jangkitan Omicron di AS sepanjang minggu ini, memberikan kesan langsung terhadap kakitangannya dan pihak yang terbabit dalam operasi syarikat itu.

“Kami terpaksa membatalkan beberapa penerbangan, dan sedang memaklumkan perkara itu kepada pelanggan yang terkesan sebelum mereka datang ke lapangan terbang,” katanya.

Pihak syarikat sedang berusaha membuat penjadualan semula penerbangan terbabit, katanya.

Syarikat Delta pula terpaksa membatalkan sekurang-kurang 166 penerbangan, selepas ‘mengusahakan segala pilihan dan sumber yang ada’ - termasuk mengubah haluan serta menggantikan pesawat dan kru bagi menampung penerbangan yang dijadualkan.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan atas keadaan yang menyebabkan perancangan perjalanan mereka sempena musim cuti ini tertangguh,” katanya.

Sebanyak 11 penerbangan di bawah Alaska Airlines terpaksa dibatalkan selepas kakitangannya dilaporkan berkemungkinan terdedah kepada Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin kendiri.

Kesemua pembatalan penerbangan itu menambah kekecewaan dalam kalangan warga AS yang ternanti-nanti untuk bertemu keluarga pada musim cuti kini, selepas sambutan Krismas tahun lalu turut terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurut anggaran Persatuan Kenderaan Bermotor Amerika, lebih 109 juta warga Amerika dijadualkan melakukan perjalanan menggunakan pesawat, kereta api atau kereta antara 23 Disember hingga 2 Januari tahun depan, 34 peratus peningkatan berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun, perancangan itu dilakukan sebelum kemunculan Omicron.

About admin 775 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply