Cerai Isteri Tak Pulangkan Pakaian Jiran, Malah Dipukul

Cerai Isteri Tak Pulangkan Pakaian Jiran, Malah Dipukul

Cerai Isteri Tak Pulangkan Pakaian Jiran, Malah Dipukul

Kaherah: Seorang lelaki di Mesir terpaksa menceraikan isterinya selepas kecewa dengan sikap wanita itu yang tidak matang apabila tidak memulangkan pakaian yang dipinjamnya.

Memetik Gulf News, lelaki itu berkata, isterinya yang berusia 22 tahun itu pada mulanya meminjam pakaian jiran mereka untuk keluar pada hujung minggu.

Baca: Statistik Cerai: 5 Permohonan Setiap Jam, 121 Muslim Cerai Setiap Hari

Namun katanya, isterinya itu tidak memulangkan kembali pakaian itu sebaliknya mengugut dan memukul jiran mereka.

“Suatu hari, jiran mengadu kepada saya, isteri saya mengambil pakaian anak perempuannya dan tidak memulangkannya semula.

“Seorang lagi jiran memaklumkan dia mahu membuat laporan polis, jadi saya membelikan mereka pakaian baharu untuk mengelak diambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, walaupun cuba menjernihkan keadaan namun isterinya memburukkan lagi keadaan apabila memukul jirannya itu.

“Saya ke rumah keluarga isteri kerana gagal menemui jalan penyelesaian atas tingkah laku buruk isteri saya itu.

“Saya meminta cerai secara baik namun dia menolak.

“Jadi, saya tiada pilihan lain (dan) terpaksa memfailkan cerai di mahkamah namun ia masih belum diputuskan lagi,” katanya.-hmetro

About admin 775 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply