Mumia Di Muzium Mesir Disangka Paderi Rupanya Wanita Hamil

Mumia Di Muzium Mesir Disangka Paderi Rupanya Wanita Hamil

Mumia di Mesir yang sebelum ini dipercayai seorang paderi lelaki, sebenarnya wanita yang berada pada trimester ketiga kehamilan, kata saintis Poland pada Jumaat.

Marzena Ozarek-Szilke, ahli antropologi di Warsaw Mummy Project, menemui sesuatu yang aneh ketika memeriksa imbasan CT mumia di Muzium Nasional.

Baca: 5 Kejadian Mati Secara Pelik

“Ketika saya memeriksa pelvis mumia itu, saya ternampak sesuatu seperti kaki kecil,” kata Ozarek-Szilke.

Mumia Di Muzium Mesir Disangka Paderi Rupanya Wanita Hamil
Mumia Di Muzium Mesir

Dia kemudian meminta bantuan suaminya, seorang ahli arkeologi yang turut terlibat dalam projek itu, untuk melakukan pemeriksaan.

“Suami saya mengesahkan ia memang kaki. Ketika itulah baru kami sedar apa yang kami sedang lihat,” kata Ozarek-Szilke kepada Reuters.

Mumia itu sudah berada di Poland sejak kurun ke-19 dan selama beberapa dekad, ia disangka milik seorang paderi Mesir bernama Hor-Dehuti.

Namun, dalam penemuan yang dinyatakan dalam Journal of Archaeological Science, para saintis mengesahkan mumia itu sebenarnya seorang wanita dalam usia 20-an dan sedang hamil sekitar 26 dan 28 minggu.

Punca kematiannya tidak jelas, tetapi Ozarek-Szilke memaklumkan kehamilan itu mungkin penyebabnya.

“Sekarang kita mempunyai ubat dan teknologi perubatan moden. Jika sesuatu terjadi pada kandungan, wanita itu dan bayinya masih boleh diselamatkan.

“Dahulu ia mustahil,” katanya.

Saintis bagaimanapun akan menjalankan kajian lebih teliti untuk menentukan penyebab kematian dan menentukan mengapa janin itu tidak dikeluarkan dari jasad si ibu.-SH

About admin 1230 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply