7 Perompak Tiru Aksi Filem ‘Special 26’ Ditahan

7 Perompak Tiru Aksi Filem 'Special 26' Ditahan

7 Perompak Tiru Aksi Filem ‘Special 26’ Ditahan

Tujuh individu ditahan kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis Mumbai, India dan merompak sebuah pusat kesihatan di sini kononnya selepas mendapat inspirasi daripada filem Bollywood ‘Special 26’.

Portal NDTV melaporkan, suspek ditahan di sini, Haryana dan Madhya Pradesh.

Baca: Wang Tunai Dan Kenderaan Menteri Pertahanan Dirompak

Menurut polis, kejadian berlaku pada petang Rabu apabila empat individu, termasuk seorang wanita, memasuki pejabat pusat itu di Kompleks Netaji Subash Place di sini, selepas menyamar sebagai pegawai polis Mumbai.

“Atas alasan untuk melakukan serbuan selama lima jam, mereka merompak dengan nilai antara lima lakh (kira-kira RM27,900) hingga tujuh lakh (kira-kira RM39,000),” kata polis.

Polis berkata, selain wang tunai, tertuduh turut melarikan komputer riba, 10 telefon dan dokumen bank mangsa, kata polis.

“Siasatan awal mendapati suspek diiringi sekumpulan individu yang berkawal di luar pejabat.

“Mereka terus berkeliaran di luar ketika itu tetapi tidak masuk. Kami mula mencari mereka. Berdasarkan pengawasan teknikal dan siasatan, salah seorang daripada mereka dikenal pasti dan ditahan,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Barat Laut, Usha Rangnani.

Suspek yang ditahan, Prashant Kumar Patil, 29, dan dia mengaku bersama rakannya melakukan jenayah itu.

Berdasarkan soal siasat, dua suspek wanita dari Rohini, iaitu Jyoti, 30, dan Neha, 22.

Dua lagi suspek, Jahid Khan dan Sanjay Manocha, ditahan dari Mewat, manakala dua lagi, Faisal dan Imran dicekup di Madhya Pradesh.

“Suspek mendedahkan filem Bollywood ‘Special 26’ memberi idea kepada mereka untuk melakukan rompakan berkenaan.

“Faisal, Imran, Neha dan Majid masuk ke pejabat, manakala yang lain berkawal. Prashant dan Jahid berdiri di luar premis itu,” kata polis.

Polis menemui sebahagian wang tunai yang dirompak, telefon dan komputer riba bersama kad pengenalan palsu Polis Mumbai.-hmetro

About admin 897 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply